Aduh apa dah jadi nie? Harga minyak naik lagi.. Pening kepala bila memikirkannya.. Ingatkan bila pindah kerja baru dpt la save budget.. rupanya tak ke mana gaji aku nie.. bayar minyak juga.. sana naik sini naik.. apa la nasib..

Ya, itu lah keluhan-keluhan pengguna-pengguna minyak hari ini. Mereka terpaksa menikmati RM2.70 setiap liter untuk menikmati minyak petrol nie. Harga kenaikan sebanyak RM0.78 sebenarnya telah membebankan golongan yang berpendapatan rendah, para petani dan para nelayan.  Bagi mereka kenaikan ini bukan la satu anugerah tapi satu bebanan yang amat kuat.

Keluh hati mereka termenung bagaimana nak menampung kos hidup mereka sepanjang hayat mereka ini. Pendapatan orang kampung kadang2 kais pagi makan pagi, kais petang makan petang bagaimana mereka nak menampung kehidupan mereka. Bukan sahaja minyak yang naik, bahkan harga2 barang keperluan pun naik.

Tapi itulah kehidupan kita yang terpaksa di tempoh, krisis demi krisis kita terpaksa tempoh juga walaupun hati tak merelakan.

Apa pendekatan yang perlu kita ambil?

  1. Berjimat - Dari tahun ke tahun itu yang disebut oleh kerajaan.. tapi mereka berjimat ke?
  2. Kerja lebih masa - rasenya masih belum tampung kos perbelanjaan..
  3. Berjimat lagi - Itu je lah yang kita tahu..
  4. Jangan hidup - Selesai ke masalah? Macamana pun kena terus hidup.. Allah bagi kita anugerah nyawa untuk kita mencari jalan penyelesaian..
  5. Ubah la cara hidup - Cara nak ubah tu anda kene fikir sendiri la.. ikut kesesuaian anda
  6. Kita berniaga tapi cara halal.. At least kita boleh tambah duit poket kita.. Saya ada melihat MHI pagi tadi.. bagaimana orang cina berniaga.. siap ada jual buku lagi.. ingat saya nak pergi beli.. orang cina berfikir keluar drpd kotak.. dari hanya seketul batu yg kita ingat tidak ada apa kegunaan kepada menjadikan batu satu bentuk produk yang boleh dijual.. cuba anda bayangkan bagaimana diorang berfikir? Nanti saya beli buku tu dan saya akan ulas di sini..

Ok.. saya tak nak membebel panjang.. yang pasti kenaikan harga minyak dan barang telah memberi beban kepada rakyat malaysia..

Pada rakyat malaysia diharapkan bersabar.. cuba pandang dr sudut positif.. (saya pun tercarik-carik apa yang positifnye?)