Sebelum saya meneruskan cerita pasal virus 666, elok saya beritahu blog bahasa melayu saya sudah pun bermula. Di sini saya akan menggunakan bahasa melayu 100% dan bahasa rojak. Janji saya boleh bercerita tentang apa sahaja yang saya suka.. you all boleh jugak gi blog english di DigitalsBazaar kalau nak membaca blog bahasa inggeris..

Apa yang kecoh sangat pasal “Kiriman Dari Neraka” nie? 

Pastinya korang semua tertanya-tanya apa kejadahnye bende nie. Dunia nak kiamat ke?

Jangan panik.. Benda nie sebenarnya adalah sejenis virus komputer yang dikenali sebagai VIRUS 666. Virus ni berupaya mengganggu sistem dan aplikasi komputer.

Virus nie dapat dikeasn pada pemacu utama C (C Drive) melalui fail bertajuk HELP.ME!!.html. Kalau fail itu dibuka, satu fail lain akan muncul pada skrin komputer yang memaparkan perkataan ‘Kiriman Dari Neraka’ yang turut menyentuh beberapa isu, selain nama pelayan turut diletakkan di bahagian penjuru bawah fail itu.

Virus itu dikesan beberapa bulan lalu mula mengganggu dunia maya dan kebiasaannya dikenali dengan nama fail flash.10.exe.

Dipercayai semua sistem komputer boleh dijangkiti virus itu sebaik membuka fail mesej yang tertera ‘Kiriman dari Neraka’.

So, korang semua usah bimbang ye.. just of the virus… tapi pasti virus nie menjejaskn sistem kompter anda.

Nasihat saya, pastikan anda membuat backup kerja-kerja anda setiap kali anda menyelesaikan tugas anda. Lagi satu, scan pc dan thumb drive anda bagi mengelak virus menyerang komputer anda.

*** Jangan main-main dengan virus, dia boleh menyusahkan kita.