Sabtu hari itu, saya telah memulakan projek cd interaktif bersama dua lagi rakan saya. Ini permulaan projek di bwh sykt bersama kami. Apa sykt kami? Biarlah menjadi rahsia dulu.. Kami ingin melaksanakan dulu projek tersebut sehingga berjaya baru lah kami memberitahu apa sykt kami ini.

Menariknya, projek ini kami dapat sebaik sahaja kami menyiapkan master tesis. Alhamdullilah itu lah rezeki kami. Bagi saya pula, ini bermakna business saya bermula kembali setelah direhatkan selama dua bulan.

Selain CD interaktif, saya bergerak sendirian dengan business prepaid. Apa yang pasti business prepaid ini telah memberi income sampingan kepada saya. Walaupun tak banyak tapi business ini membantu saya dari segi pembelanjaan seharian. Di sini sesiapa yang ingin membuat business ini boleh menghubungi saya di borang contact us.

Projek yang akan bermula untuk diri saya, adsense. Saya terpaksa bermula dari bawah sebab akaun saya sebelum ini digantung dan akhir sekali projek buat duit percuma. Projek yang ini masih baru.. sifu dah bagi jalan cuma saya sahaja yang belum melaksanakan..

Oklah.. saya dah nak buat kerja ofis nie.. ada cerita lagi saya coretkan di sini