Salam sejahtera kepada semua,
Email perniagaan saya (orders[at]digitalsbazaar.com) telah saya tamatkan perkhidmatannya atas sebab teknikal. Ini kerana saya sudah tidak menerima sebarang email daripada pembeli ebook saya sedangkan saya telah dapat bayaran daripada mereka.
Oleh itu, saya telah menukarkan email perniagaan saya kepada ordersbiz[at]gmail.com. Kepada mereka yang sudah membuat pembayaran tetapi masih belum mendapat link download, sila email kepada saya bukti pembayaran di email ordersbiz[at]gmail.com dengan kadar segera.
Buat masa sekarang, saya masih menunggu bukti pembayaran daripada pembeli saya yang bertarikh 19/08/2008. Sila hubungi saya dengan kadar segera.
Saya minta maaf atas masalah teknikal ini. Saya berharap agar di masa hadapan tidak berlaku masalah seperti ini lagi. Saya akan cuba memperbaiki mutu perkhidmatan saya dengan kadar segera.
Terima kasih kepada mereka yang dengan sabar menunggu ebook saya itu dan saya minta maaf banyak-banyak sekali lagi.